Pages

Wednesday 28 August 2013

Ni Makan Dia...

Assalamualaikum wbt.

Ni makan die. ha.. kan dah mendapat. Akibat terlalu melengahkan kerja.. Terasa bagai dicucuk jarum halus.. bukan apa nk kongsi cerita berkenaan sesetengah pekerja yang suka melengahkan kerja. Al kisah ada seorang mamat ni offer aku suruh amik A untuk diletakkan di pejabat... so aku pon apply la A.. bila aku dah amik.. dah bawa.. die plak kononnye nk pinjam.. so aku bagi la.. bila pinjam buat harta plak.. sudahnye sampai sekarang mende tu terperuk kat umah dia.. aku byk kali berpesan.. bila kau nk bawa masuk pejabat.. alasan die tetap sama.. hahaha.. kelakar plak.. sudahnye ada rakan opis yang x tahan.. die beli sendiri A dan terus letak di opis.. Kawan aku apa lagi.. terasa gila. hahaha... Tempiasnya kene kat aku la.. sebab guna nama aku untuk apply mende tuh. adeyh... donia donia. hehe.. Bola tanggung la aku ni.. adeyh..

Wednesday 21 August 2013

Pandangan Peribadi

Assalamualaikum wbt...

Di sini ingin aku menyatakan pendapat aku mengenai perihal dan segala macam yang berlaku di sekekliling aku bak media massa mahupun aktiviti sosial masyarakat setempat.


Kadang aku pelik dan tuli mengenai kes yang di sebut2.. iaitu r4bia. Masyallah mmg dahsyat tentera kejam. Aku hanya mampu berdoa dan meminta pertolongan dariMu Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.. yang peliknya.. ada juga yang mengambil kesempatan mengutip dan mengumpul derma untuk kepentingan peribadi. Masyallah.. jangan lah kau mengambil kesempatan sebegini.. haram jadinya duit yang digunakan untuk kepentingan peribadi. Hal ini terlepas dengar oleh segelintir rakan2 yang bekerja NGO di mana bosnya.. cha ya nun... membuat spekulasi mengadakan mengutip derma walhal duitnya di rolling untuk Forex business. Dan rakan aku tu telah berhenti kerja. Xpelah.. kau dah berhenti tp mulia perbuatan itu kerana menegur dan tidak bersekongkol.

Yang lagi satu hal di negara kita ni adalah mengenai kesempatan yang di ambil terhadap sesuatu perkara. Bukan apa.. kadang malas nk amik port.. ini hanya pandangan perkongsian aku kepada rakan2. 

Wallahualam. fs. 

Tuesday 20 August 2013

Hairan

Assalamualaikum wbt

Aku hairan@heran kenapa ada rakan sekerja aku ni.. minta maaf cakap. Perangai yang agak kurang senang untuk didekati oleh masyarakat. Mulanya aku dalam hati boleh untuk accept tapi dah jadi except.. hahaha.. Situasinya begini:


Si polan ni mmg baik di depan dan xtahu la dibelakang macam mana sebab ramai yang kata begitu. aku mulanya x percaya sebab aku akan amik jalan pemikiran positif. Kalau pikir negatif asyik nak bertelagah rasanya. Tapi bila aku dah lama kenal officemate aku ni lain macam plak. Pernah die tny pada aku.. "mi.. aku x pernah nmpk ko solat" dan kadang2 die ajak aku g surau "mi.. jom g surau.. asar dah ni.." 

Bab agama aku puji dia.. tapi perangai pergaulan yang amat menjengkelkan mula keluar sedikit demi sedikit. Allah itu maha kuasa. dan akhirnya terkeluar perangai die yang nyata aku lihat dan saksi.

Kalau dia buat sesuatu perkara tu.. semuanya betul.. tapi bila aku buat.. semuanya salah...bila aku print proposal.. "mi.. membazir tu mi.. byk sangat.. hitam putih dah la.. bukan lawa pon..." its something that u not to say at least cover la skit kan... ni tak.. aku rasa nk hentak je.. ni proposal bukan untuk mak bapak die.. ni untuk "VVIP".

Another part.. aku tanye die.. "Polan.. ko xnk tukar ke filing system dalam pejabat ni.. dah kelepet2 dah file aku tgk.. xnk tukar ke..?" die dengan selamba jawab.. "x payah.. biarkan je.. nnt orang baru masuk die la buat..." kadang aku rasa nk terajang... memang mundur la pemikirang yg sejenis macam ini. Nak dijadikan cerita.. aku tuka system filing.. aku mohon kat bos dan bos approved permohonan aku.. Si polan ni plak leh komplain.. weh.. aku x jumpe fail la.. Dalam hati aku berkata mmg la ko x nmpk.. yang buat filing ni aku.. bila minta tolong.. ko kata bz.. terang nyata perkataan terpampang indah dimuka fail untuk memudahkan. Alhamdulillah everybody terima dan ada segelintir yang memuji dan yang seorang Polan tak dapat terima. 

Aku cakap kita perlu la buat perubahan keadaan sekeliling bilamana ianya amat memerlukan. Bayangkan rak baju kita comot dan compang camping.. adakah kita perlu membiarkan sahaja.. kadang aku kasihan dengan dia ni. Dok asyik tergelak melayan facebook dan lain2. 

Maaf.. ini luahan hati aku.. ayat yang agak berterabur dan kurang sopan ini lahir dari perasaan yang kurang senang terhadap si polan hingga kini. Bab semayang x tinggal.. tapi mengumpat, mengaib, mengutuk orang, perli orang, x hormat orang tua tu macam mana. Orang kata ibadah dan dunia kene balance.. pada aku xperlu balance.. Perlu mendapatkan Gred A. Kita ada akal untuk berfikir gimana caranya.. Bukan menyerah.

Wallahualam.. fs

Macam2 Hal


Assalamualaikum wbt. Telah sekian lama tak update blog. Dan ada di antara follower yg cabut. hehe xpe. nk buat mcm mana kan. hehehe.. Tapi ada la suka dan duka yang hendak dikongsikan bersama. Sepanjang Ramadhan yang lepas hingga ke Ramadhan kali ini  (2013) macam2 pahit dan jarang2 manis aku terima dengan penuh ketidakpasaan. Tapi ini lah lumrah hidup kan. Bermasalah itu satu kemestian untuk kita menggunakan akal yang dikurniakan untuk mengatasi masalah tersebut dan alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Amin.

Tahun lalu aku mengalami kehidupan yang agak berdolak dalihnya kerana dek kerna penguasaan jiwa remaja yang membawa aku kepada penggunaan maksimum. Tapi ianya sedkit sebanyak menyedarkan aku apa itu erti kehidupan.

Bermacam2 urusan jual beli aku lakukan untuk "survive" dalam meneruskan kehidupan hingga ke hari ini. Tatkala aku sedang menaip sekarang ini juga pasti ada lagi lipatan gunting yang tajam menunggu dibelakang dan bukan sedia untuk di hunus.

Bermulanya aku menjual peralatan yang aku perolehi hasil dari titik peluh aku bekerja terdahulu hingga tiada apa yang aku miliki hingga ke saat maya. Kadang aku terkesima dengan perilaku aku terdahulu yang mungkin "unmature" seperti yang dilalui remaja2 zaman kini.

Usah cakap remaja sekarang matang.. Maaf. aku sendiri tidak bersetuju dengan beberapa remaja yang baru berumur 20an sudah matang.. sedangkan dari segi percakapan dan etikalaku kita sudah kenal kerna kita sudah melalui zaman tersebut. aku sendiri tidak matang juga kerna umur aku baru sahaja........ 

Aku sudah mual dengan segelintir manusia yang hanya dengan bahasa kasar "Menyalak" sana sini macam dunia dia yang punya.. tapi apa boleh buat sedangkan manusia ada pendapat dan pemahaman tersendiri. Begitu juga aku.

Insyallah aku akan update lagi. 

Wednesday 25 January 2012

Salam 2012

Salam 2012 buat semua yang mengenali diriku ini. Tahun ini aku mengharapkan perubahan ketara pada diri aku iaitu BERHENTI MEROKOK. Yea.. memang susah.. susah sangat. tapi aku akan cuba. Cuba untuk mengubah masa depan aku.


Dan tahun ini juga aku akan cuba mendapatkan pekerjaan yang lebih stabil. maklumlah.. entah mengapa aku ni sering memikirkan pasal kawin.. tak taw nape.. hurm.. mmber2 skola aku ramai yang da kawin. aku je. Bukan ape.. aku ni pon bukan cukup backup. Keje pon x stabil.. umah xde.. xsedap la untuk mendirikan rumah tangga. hehehe. :)




Okeh. Selamat bersuka ria dan bekerja. hahaha. Tawa dalam tangisan...... huhuhu..

Sunday 14 August 2011

Salam Ramadhan.





Assalamualaikum wbt, saya ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Di bulan yang mulia yang penuh dengan keberkatan, marilah kita sama2 mengejar pahala yang diberikan. :) barakallah.
Salam Ramadhan dari saya

cuma saya ingin mengingatkan bahawa janganlah kita berbelanja besar untuk berbuka dan bershoping sakan, kita harus beringat bahawa ada insan di muka bumi ini yang memerlukan sumbangan anda. :) Zakat itu penting. bayo yer.. :)